Thursday, 11 December 2014

Tempahan Roti


Asslalamualaikum warga kota

Cik Lebah Menyengat....apa tu? ni mai nk cerita kat hampa.

Musim silih berganti, macam tu jugak la dengan menu-menu kita sekarang mengikut permintaan tekak masing-masing.
Sekarang musim homemade roti-roti dengan pelbagai patent dan flavour, antaranya Roti Sarang Lebah aka Cik Lebah + Sos Butterscotch. memang yummeh habaq hang.

Huru hara dengan tempahan roti setiap hari ada saja permintaan, maklumlah tengah musim kan.


 Cik Lebah tengah berpusu-pusu (jemmm) untuk di sauna dalam oven. hehehe ( please Q na )

 Cik Lebah Evergreen new flavour dari Hanie Rich Cake House ~ Fabulous Recipe

Cik Lebah dah siap untuk bertukar tuan. (tak kira pagi, petang atau malam, sesuai mkn pada bila-bila masa atau dimana saja)

Harga Cik Lebah Menyengat
Mai order lekaih

RM6.00 / Pack
Lokasi: Meru, Klang & Shah Alam
Wasap: 0124812892 (ShidaHashim) 


SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT




Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.

Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

SELAWAT SYIFA'